Hujan selama sehari semalam telah menyebabkan paras air Sungai Balui
naik secara mendadak dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat
sekitar kampung dan sekolah. Banjir kilat yang melanda telah
meninggalkan kesan kemusnahan kepada penduduk kampung dan pihak sekolah.
Beberapa prasarana sekolah telah dianaiki air dan mengalami kerosakkan.
Antaranya ialah kuarters guru, dewan serbaguna, dewan makan, setor
alatan asrama dan setor sukan. Dewan serbaguna telah mengalami
kemusnahan yang serius apabila aliran air yang deras menghayutkan
dinding dewan dan menyebabkan bumbung dewan runtuh. Selain itu, 2 buah
kuarters guru yang berkembar turut mengalami kerosakan yang serius
apabila strukturnya berubah.
Tuesday, 26 November 2013
Wednesday, 13 November 2013
Tokoh Nilam Sekolah 2013
Sempena Majlis Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Prasekolah, Sharon Kasim telah dipilih sebagai Tokoh Nilam Sekolah 2013 atas kejayaan beliau mencapai tahap NILAM dalam program NILAM. Selain itu juga beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yusuf Bin Haji Zawawi, ketua kampung Long Busang. Semoga beliau terus berjaya pada masa hadapan dan menjadikan membaca sebagai satu amalan.
Saturday, 2 November 2013
Laporan NILAM Oktober 2013
Alhamdulillah, berkat usaha gigih perpustakawan sekolah yang telah bertugas setiap hari membawa buku bacaan ke setiap kelas, rekod bacaan murid SK Long Busang telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan pada tahun ini. Pada tahun ini terdapat dua orang murid yang telah memncapai tahap NILAM. Mereka ialah Sharon Kasim (Tahun 6) dan Stepheny Jimmy (Tahun 5). Sharon telah berjaya membaca sebanyak 366 buah buku manakala Stepheny pula sebanyak 474 buah buku.
Berkelah di Sungai Tanyit
Pada 2 November 2013 guru-guru dan staf sekolah mengadakan satu perkelahan berbentuk santai bersama murid-murid tahun 4,5 dan 6. Tujuan utama perkelahan ini ialah untuk berehat-rehat sambil barbeku di tepi sungai setelah letih bertungkus lumus beberapa minggu bagi menjayakan sukan tahunan yang telah dilangsungkan pada Selasa dan Rabu yang lepas. Lokasi perkelahan telah ditentukan oleh GPK1, En. Tomat Ntau di muara Sungai Tanyit. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 10 minit menggunakan perahu. Suasana di sana sangat sesuai untuk diijadikan tempat perkelahan kerana mempunyai kawasan batu karangan yang luas. Selain itu air Sungai Tanyit yang jernih serta cetek sangat sesuai untuk aktivit beriadah. Semoga pada masa akan datang aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi.
Cikgu Tomat bersama Cikgu Saiful
Cikgu Zul dan Puan Siti (Pen. Asrama)
Murid-murid dibantu oleh Puan Lorak (PT) membakar kepak ayam
Puan Siti, Puan Jerem (isteri GPK1) dan Cik Flora sedang menggoreng nugget
nasi, nugget, kepak ayam, sosej, buah epal dan air kotak
murid beratur untuk mengambil makanan
bermain selut
Aktitvit perkelahan ini berakhir pada pukul 1.30 petang. Pastinya banyak kenangan manis yang akan diingati bagi murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)