Nama : Sekolah Kebangsaan Long Busang
Alamat : D/A Pejabat Pelajaran Belaga,
96900, Belaga , Sarawak
Kod Sekolah : YBB 7212
Lokasi : Latitude :1°52'13.51"N
Longitude : 114°19'3.33"E
Murid : 171 (termasuk prasekolah)
Guru : 16 orang
Staf : 8 orang
Guru Besar : En. Senan Bin Sanyut
GPK1 : En. Tomat Ntau
GPK HEM : En. Seli Anak Jete
GPK KK : En. Renggi Anak Daud
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Long Busang, Belaga terletak di Hulu Sungai
Balui iaitu salah satu cabang utama Sungai Rejang. Sekolaha ini merupakan satu-satu sekolah yang tidak dipindahkan semasa Projek Empangan Hidro Bakun kerana lokasinya yang jauh ke hulu Sungai Balui yang merupakan sungai utama yang mengairi empangan Bakun.
Nama sekolah ini diambil sempena lokasinya iaitu di Kuala Sungai
Busang. Kuala sungai merujuk kepada pertembungan diantara dua sungai. Dalam bahasa orang ulu, kuala dipanggil 'long' (lubang). Justeru Long Busang bermaksud Kuala Busang yang merujuk kepada tempat dua sungai bertemu. Sekolah ini berada betul-betul di kuala Sungai Busang yang bertemu dengan Sungai Balui.
Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 1975. Sekolah ini dibuka hasil
kerjasama penduduk Kampung Long Busang yang diketuai oleh ketua kampungnya sendiri allahyarham Tuan Haji
Zawawi Bin Abdullah. Beliau telah memohon untuk diwujudkan sebuah sekolah rendah pada tahun 1975 di Kampung Long Busang.
Pada ketika itu, anak-anak daripada Kampung Long Busang terpaksa
bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Long Jawe’ yang terletak di hilir Kampung
Long Busang. Terdapat banyak kesukaran yang terpaksa dilalui oleh mereka untuk pergi ke sana khasnya
berkaitan pengangkutan. Selain itu, keadaan sungai yang berjeram dan sangat berbahaya membahkan lagi kesurakan mereka. Pada tahun 1974 penduduk kampong telah bergotong-royong membina
beberapa blok kelas dan sebuah blok pentadbiran untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah. Pada Januari 1975, sekolah ini telah beroperasi secara rasmi sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Long Busang dengan jumlah murid seramai 70 orang. Guru Besar pertama ialah Encik En. Anthony Along.
Setelah enam tahun menggunakan blok bangunan hasil gotong-royong
penduduk kampong, pada tahun 1981 sekolah ini menerima beberapa blok bangunan
yang lebih sempurna untuk beroperasi. Sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun
1990, sekolah ini diperuntukkan bangunan asrama dan dewan makan yang lebih
selesa.
Setelah mengharungi usia 35 tahun, sekolah ini
telah diterajui oleh lebih kurang dua belas orang Guru Besar. Kini, Sekolah
Kebangsaan Long Busang mempunyai dua blok bagunan bilik darjah, satu asrama dan makmal komputer.
Piagam Sekolah
1. Menyediakan kemudahan-kemudahan
pendidikan yang mencukupi, lengkap dan selesa untuk pelajar selaras dengan
konsep perkhidmatan pendidikan cemerlang.
2. Menerima setiap pelajar yang
didaftar bersekolah tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang keluarga.
3. Sentiasa bersedia melayan semua
pihak dengan mesra dan saksama serta memberi perkhidmatan yang berkualiti.
4. Mengeratkan hubungan di
kalangan guru, kakitangan dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan
pelajar.
5. Menyediakan sekolah sebagai
sebuah institusi yang boleh meyakinkan setiap ibu bapa dan pelajar ke arah
pembentukan pelajar-pelajar yang seimbang dan berketrampilan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup
menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi
mempertingkatkan prestasi sekolah.
7. Memastikan setiap pelajar berpeluang untuk
mengikuti setiap peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam sepanjang pendidikan
di sekolah rendah.
Lencana Sekolah
Maksud Warna
1. Merah - Lambang
keberanian
2. Biru - Lambang perpaduan
3. Kuning - Lambang
sinar yang membawa cahaya cemerlang masa depan
4. Hijau - Lambang ketenangan
Maksud Bentuk
1. Obor - Lambang
pembakar semangat.
2. Bulatan - Lambang usaha yang
berterusan.
3. Buku - Lambang gedung
ilmu.
4. Bentuk
stering - Lambang pengemudi
berkaliber untuk menuju dan mencapai misi.
5. Anak panah bertemu - Lambang usaha dan input dari pelbagai arah
yang mempunyai
satu matlamat.