Tuesday, 26 November 2013

Banjir 2013

Hujan selama sehari semalam telah menyebabkan paras air Sungai Balui naik secara mendadak dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat sekitar kampung dan sekolah. Banjir kilat yang melanda telah meninggalkan kesan kemusnahan kepada penduduk kampung dan pihak sekolah. Beberapa prasarana sekolah telah dianaiki air dan mengalami kerosakkan. Antaranya ialah kuarters guru, dewan serbaguna, dewan makan, setor alatan asrama dan setor sukan. Dewan serbaguna telah mengalami kemusnahan yang serius apabila aliran air yang deras menghayutkan dinding dewan dan menyebabkan bumbung dewan runtuh. Selain itu, 2 buah kuarters guru yang berkembar turut mengalami kerosakan yang serius apabila strukturnya berubah. 







Wednesday, 13 November 2013

Tokoh Nilam Sekolah 2013

Sempena Majlis Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Prasekolah, Sharon Kasim telah dipilih sebagai Tokoh Nilam Sekolah 2013 atas kejayaan beliau mencapai tahap NILAM dalam program NILAM. Selain itu juga beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yusuf Bin Haji Zawawi, ketua kampung Long Busang. Semoga beliau terus berjaya pada masa hadapan dan menjadikan membaca sebagai satu amalan.

Saturday, 2 November 2013

Laporan NILAM Oktober 2013

Alhamdulillah, berkat usaha gigih perpustakawan sekolah yang telah bertugas setiap hari membawa buku bacaan ke setiap kelas, rekod bacaan murid SK Long Busang telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan pada tahun ini. Pada tahun ini terdapat dua orang  murid yang telah memncapai tahap NILAM. Mereka ialah Sharon Kasim (Tahun 6) dan Stepheny Jimmy (Tahun 5). Sharon telah berjaya membaca sebanyak 366 buah buku manakala Stepheny pula sebanyak 474 buah buku. 

Berkelah di Sungai Tanyit

Pada 2 November 2013 guru-guru dan staf sekolah mengadakan satu perkelahan berbentuk santai bersama murid-murid tahun 4,5 dan 6. Tujuan utama perkelahan ini ialah untuk berehat-rehat sambil barbeku di tepi sungai setelah letih bertungkus lumus beberapa minggu bagi menjayakan sukan tahunan yang telah dilangsungkan pada Selasa dan Rabu yang lepas. Lokasi perkelahan telah ditentukan oleh GPK1, En. Tomat Ntau di muara Sungai Tanyit. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 10 minit menggunakan perahu. Suasana di sana sangat sesuai untuk diijadikan tempat perkelahan kerana mempunyai kawasan batu karangan yang luas. Selain itu air Sungai Tanyit yang jernih serta cetek sangat sesuai untuk aktivit beriadah. Semoga pada masa akan datang aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi.
Cikgu Tomat bersama Cikgu Saiful

Cikgu Zul dan Puan Siti (Pen. Asrama)

Murid-murid dibantu oleh Puan Lorak (PT) membakar kepak ayam
















Puan Siti, Puan Jerem (isteri GPK1) dan Cik Flora sedang menggoreng nugget



nasi, nugget, kepak ayam, sosej, buah epal dan air kotak

murid beratur untuk mengambil makanan








bermain selut



Aktitvit perkelahan ini berakhir pada pukul 1.30 petang. Pastinya banyak kenangan manis yang akan diingati bagi murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. 

Thursday, 17 October 2013

Thursday, 3 January 2013

Lagu Sekolah Kebangsaan Long Busang




Sekolah Rendah Long Busang
Itulah nama sekolah kami
Yang kan tetap kami sanjung
Berdiri megah untuk kejayaan

Berusaha kejayaan
Menjadi pedoman kami
Berdikari jaya diri
Itulah semangat bakti

Dibidang pendidikan
Kami tidak kan ketinggalan
Asas cogan kata kami
“Berusahalah Demi Kejayaan”

Tuesday, 1 January 2013

SK Long Busang, satu pengenalan


Nama            : Sekolah Kebangsaan Long Busang

Alamat          : D/A Pejabat Pelajaran Belaga,
                        96900, Belaga , Sarawak

Kod Sekolah : YBB 7212

Lokasi           : Latitude    :1°52'13.51"N

                        Longitude : 114°19'3.33"E



Murid            : 171 (termasuk prasekolah)

Guru              : 16 orang

Staf                : 8 orang

Guru Besar   : En. Senan Bin Sanyut

GPK1             : En. Tomat Ntau

 GPK HEM   : En. Seli Anak Jete

GPK KK        : En. Renggi Anak Daud

 Sejarah Sekolah 



Sekolah Kebangsaan Long Busang, Belaga terletak di Hulu Sungai Balui iaitu salah satu cabang utama Sungai Rejang. Sekolaha ini merupakan satu-satu sekolah yang tidak dipindahkan semasa Projek Empangan Hidro Bakun kerana lokasinya yang jauh ke hulu Sungai Balui yang merupakan sungai utama yang mengairi empangan Bakun.
Nama sekolah ini diambil sempena lokasinya iaitu di Kuala Sungai Busang. Kuala sungai merujuk kepada pertembungan diantara dua sungai. Dalam bahasa orang ulu, kuala dipanggil 'long' (lubang). Justeru Long Busang bermaksud Kuala Busang yang merujuk kepada tempat dua sungai bertemu. Sekolah ini berada betul-betul di kuala Sungai Busang yang bertemu dengan Sungai Balui. 

Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 1975. Sekolah ini dibuka hasil kerjasama penduduk Kampung Long Busang yang diketuai oleh ketua kampungnya sendiri allahyarham Tuan Haji Zawawi Bin Abdullah. Beliau telah memohon untuk diwujudkan sebuah sekolah rendah pada tahun 1975 di Kampung Long Busang. Pada ketika itu,  anak-anak daripada Kampung Long Busang terpaksa bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Long Jawe’ yang terletak di hilir Kampung Long Busang. Terdapat banyak  kesukaran yang terpaksa dilalui oleh mereka untuk pergi ke sana khasnya berkaitan pengangkutan. Selain itu, keadaan sungai yang berjeram dan sangat berbahaya membahkan lagi kesurakan mereka. Pada tahun 1974 penduduk kampong telah bergotong-royong membina beberapa blok kelas dan sebuah blok pentadbiran untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah. Pada Januari 1975, sekolah ini telah beroperasi secara rasmi sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Long Busang dengan jumlah murid seramai 70 orang. Guru Besar pertama ialah Encik  En. Anthony Along.

Setelah enam tahun menggunakan blok bangunan hasil gotong-royong penduduk kampong, pada tahun 1981 sekolah ini menerima beberapa blok bangunan yang lebih sempurna untuk beroperasi. Sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1990, sekolah ini diperuntukkan bangunan asrama dan dewan makan yang lebih selesa. Setelah mengharungi usia 35 tahun, sekolah ini telah diterajui oleh lebih kurang dua belas orang Guru Besar. Kini, Sekolah Kebangsaan Long Busang  mempunyai dua blok bagunan bilik darjah, satu asrama dan makmal komputer. 



Piagam Sekolah

1. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang mencukupi, lengkap dan selesa untuk    pelajar selaras dengan konsep perkhidmatan pendidikan cemerlang.

2.  Menerima setiap pelajar yang didaftar bersekolah tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang keluarga.

3. Sentiasa bersedia melayan semua pihak dengan mesra dan saksama serta memberi perkhidmatan yang berkualiti. 

4. Mengeratkan hubungan di kalangan guru, kakitangan dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar.

5. Menyediakan sekolah sebagai sebuah institusi yang boleh meyakinkan setiap ibu bapa dan pelajar ke arah pembentukan pelajar-pelajar yang seimbang dan berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi sekolah.

7. Memastikan setiap pelajar berpeluang untuk mengikuti setiap peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam sepanjang pendidikan di sekolah rendah. 


Lencana Sekolah


 
Maksud Warna

1. Merah   - Lambang keberanian

2. Biru      - Lambang perpaduan

3. Kuning - Lambang sinar yang membawa cahaya cemerlang masa depan

4. Hijau    - Lambang ketenangan



Maksud Bentuk

1. Obor                              - Lambang pembakar semangat.

2. Bulatan                         - Lambang usaha yang berterusan.

3. Buku                              - Lambang gedung ilmu.

4. Bentuk stering             - Lambang pengemudi berkaliber untuk menuju dan mencapai misi.

5. Anak panah bertemu - Lambang usaha dan input dari pelbagai arah yang mempunyai      
                                               satu matlamat.